Thursday, November 3, 2011

Menabung....

'Berdasarkan kajian daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45 000 yang berumur di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis sejak 3 tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat daripada kegagalan menjelaskan bebanan hutang kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan lain-lain.'

Sayang sungguh, pada usia yang muda sudah diisytiharkan muflis.

Kenapa boleh berlaku begini???

Ini pendapat saya :

1.  Tiada objektif hidup

2. Tiada perancangan kewangan

3. Tidak mengikuti perancangan kewangan yang telah dibuat.

4. Sikap - iaitu boros, menunjuk-nunjuk, tidak jujur dan terlalu mengikut keinginan.

Sebagai manusia, kita perlu ada objektif dalam kehidupan kita. Kita perlu merancang apa yang akan kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Memang betul 'kita merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya'. Tetapi sebagai manusia kita diharuskan untuk berusaha untuk mencapai impian dan objektif yang kita bina. Bukan hanya berserah kepada-Nya. Malah Allah tidak menyukai umat-Nya yang tidak berusaha. Tanpa objektif, hidup kita umpama lalang...hanya mengikut ke mana arah angin.

Apabila kita mempunyai objektif, barulah kita boleh membuat perancangan kewangan kita dengan tepat. Perancangan kewangan bukannya 'complicated'. Cukup sekadar kita senaraikan berapa perlu disimpan setiap hari bagi tujuan mencapai objektif dan impian kita. Senaraikan bil-bil dan hutang-hutang yang perlu dibayar. Peruntukkan sedikit untuk ibu-bapa kita dikampung sebagai membalas pergorbanan meraka. Peruntukkan untuk belanja rumah dan harian kita. Dan lebihan yang ada boleh kita gunakan untuk 'membayar balik' kepenatan kita bekerja setiap hari. Jika kita mempunyai lebihan yang banyak, apa kata kita simpan lebih sikit dan bayar lebih sikit hutang kad kredit kita.

Sikap adalah halangan yang amat besar untuk kita mencapai objektif dan impian kita. Kerana kita tidak jujur terhadap diri sendiri, maka dengan itu kita gagal mengikut perancangan kewangan yang telah kita buat. Kerana sikap boros dan menunjuk-nunjuk kita berbelanja lebih. Kerana terlalu menikut keinginan, hutang kad kredit bertambah. Jika kita liat atau gagal untuk menyimpan setiap bulan, apa kata kita gunakan kemudahan yang ada sekarang. Iaitu potongan terus dari bank kita. Oleh yang demikian, sudah pasti tiap-tiap bulan kita menyimpan.

Dimana untuk menyimpan????

1. Akaun Simpanan - Tabung kecemasan

2. Tabung Haji - Tunaikan haji

3. ASB, ASW dll - kahwin, beli rumah

4. Unit Amanah (Unit Trust) - tabung pendidikan anak-anak dan persaraan

MAAKL Mutual Bhd mempunyai khidmat " Regular Savings Plan', di dalam ada boleh menyimpan serendah RM100 setiap bulan. 'Term and condition applied'

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai plan ini, sila hubungi saya. Saya amat berbesar hati untuk berkonsi dengan anda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails