Friday, September 23, 2011

Fikir Sebelum Pinjam

Artikels dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit 

 Rumusan: 

1. Tujuan meminjam : Keperluan atau untuk tujuan produktif sahaja 
2. Meminjam mengikut kemampuan 
3. Fahami 3 peraturan meminjam : tujuan pinjaman, keupayaan membayar balik dan sejarah pembayaran 
4. Fahami kadar faedah dan kesan terhadap keseluruhan kos pinjaman
5. Ketahui risiko sebelum menjadi penjamin


Pendapat saya: 

1. Bagi saya tujuan meminjam yang dibenarkan ialah : belajar, pembelian kereta dan pembelian rumah. Tetapi sekarang tidak dinafikan ramai orang mengambil 'personal loan' untuk tujuan lain terutamanya untuk berkahwin. Kenapa kita perlu meminjam untuk berkahwin? Belanja kahwin mahal? Bagi saya semua ini adalah bertitiktolak daripada kehendak. perancangan dan tolenrasi. Kalau kita membuat perancangan awal terutamanya perancangan kewangan, Insya-Allah kita mungkin dapat mengelak daripada membuat pinjaman. Dan kalau kita tidak terlalu megikut kehendak dan trend masa kini, kita tidak perlu meminjam. Di dalam setiap perhubungan kita memerlukan sifat tolenrasi dan persefahaman bagi menjamin kesejahteraan perhubungan kita. Jikalau kedua-dua belah pihak mempunyai sifat ini, Insya-Allah kita dapat mendirikan rumahtangga tanpa perlu membuat pinjaman. Malah kita akan berasa lebih bangga dan bahagia kerana rumahtangga yang kita bina adalah hasil titik peluh kita dan bukannya daripada bank atau lain-lain.

2. Islam amat menitikberatkan Wasatiah atau kesederhanaan dalam kehidupan kita. Jikalau kita perlu meminjam, kita hendaklah mengetahui setakat mana kemampuan atau keupayaan kita untuk menbayar balik pinjaman tersebut. Kita perlu memikirkan kesan terhadap kewangan dan kehidupan kita. Jika pinjaman ini memberi kesan negatif terhadap kewangan dan kehidupan kita, elaklah daripada meminjam dan carilah alternatif lain. Setiap perkara dan masalah ada jalan penyelesaiannya. Insya-Allah.

3. Sebagai penguna kita berhak mendapatkan maklumat yang mencukupi terhadap produk yang ditawarkan. Oleh yang demikian, sebelum membuat keputusan untuk meminjam cuba dapatkan maklumat mengenai kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank. Kalau boleh buat 'survey' terhadap 3 atau lebih bank untuk mendapatkan pelbagai pilihan. Kemudian cuba bandingkan pilihan tersebut sebelum membuat keputusan.

4. Risiko yang dihadapi oleh penjamin adalah apabila peminjam tidak menbayar balik atau memnbayar sesuka hati tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ramai juga penjamin menjadi muflis disebabkan oleh peminjam tidak dapat menbayar balik pinjaman mereka. Dan ada juga penjamin menghadapi kesulitan untuk membuat pinjaman kerana peminjam gagal membayar pinjaman mengikut jadual. Oleh yang demikian, berhati-hatilah apabila ingin menjadi penjamin. Berbuat baik pun ada hadnya, jangan sampai nanti memakan diri sendiri. Kita manusia, walaupun rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. 

5. Akhir sekali, diingatkan "Pinjam dari medium yang sah disisi undang-undang".

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails